Betul ke?
Aku tanya lagi,
Nak kurus tak ni?
Naaaaaaaaaaaaaak!
Ok bagus. Ada sambutan, baru aku boleh kongsi dengan korang satu teknik power untuk kuruskan badan dengan cepat!
Teknik ini dipanggil Intermittent Fasting (IF).
Berdasarkan buku betajuk 'Eat Stop Eat' yang ditulis oleh Brad Pilon, beliau berkata bahawa kita akan memperolehi banyak manfaat apabila melakukan teknik IF ini, terutama sekali untuk menjadi kurus.
Antara manfaat yang kita akan terima ialah:
.
.
.
1. Dapat mengurangkan peratus lemak dalam badan.
2. Dapat mengekalkan struktur otot dan penguraian.
3. Mengekalkan kandungan gula yang rendah dalam darah.
4. Mengawal kepekatan insulin dalam badan.
5. Meningkatkan proses liposis dan juga proses oksidasi lemak.
.
.
.
Orait, so korang dah baca, tapi tak faham? Jangan risau, aku takkan buat korang ternganga. Mari aku jelaskan lagi supaya aku tak nampak macam syok sendiri.
Untuk menjadikan teknik Intermittent Fasting ni membantu KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT, korang kena tahu bahawa teknik ini ialah suatu aktiviti berpuasa yang dilakukan dalam jangka masa 18 jam atau 24 jam sehari sebanyak 2 kali seminggu.
Ia adalah satu cara yang mudah untuk korang membakar lemak dan menurunkan berat badan dengan cepat di samping masih mengekalkan otot. Amacam? Mudah tak nak buat.
Ala, puasa 2 kali je seminggu. Lagi satu korang perasan, teknik ni sama je macam amalan sunat yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, nampak sangat ada sebab kena Nabi kita pun buat amalan sunat 2 kali sehari ni. Bukan saja dapat kuruskan badan dan sihat, pahala pun dapat.
Selain itu, kalau korang nak tau lebih detail tentang teknik Intermittent Fasting, korang boleh dapatkan buku Ebook Bakar Lemak Pantas. Dalam tu ada bab pasal IF ni, so aku harap korang baca dengan tenang dan fahaminya dengan penuh kasih sayang.
Nak kurus ni sebenarnya kita tak boleh gelojoh sangat, dia kena buat dengan tenang dan korang juga kena faham kenapa korang nak kurus. Bukan apa, sebab aku kadang-kadang jadi tak faham dengan manusia ni, badan tu dah kurus elok dah, tapi masih nak jadi kurus lagi. Kau nak jadi kurus macam mana sebenarnya untuk kau rasa puas? Kurus macam mentadak? Macam ranting?
Untuk yang bersaiz besar, kalau korang masih belum ada penyakit, inilah masanya untuk korang kuruskan badan dengan cepat. Sebab, kalau dah berpenyakit nanti, kau nak usaha untuk kurus pun kau dah malas sebab sibuk makan ubat berbotol-botol. Jadi, jom kuruskan badan sekarang.
