Wednesday, June 17, 2015

Teknik Power Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat

Nak kurus?

Betul ke?

Aku tanya lagi,

Nak kurus tak ni?

Naaaaaaaaaaaaaak!

Ok bagus. Ada sambutan, baru aku boleh kongsi dengan korang satu teknik power untuk kuruskan badan dengan cepat!

Teknik ini dipanggil Intermittent Fasting (IF).

Berdasarkan buku betajuk 'Eat Stop Eat' yang ditulis oleh Brad Pilon, beliau berkata bahawa kita akan memperolehi banyak manfaat apabila melakukan teknik IF ini, terutama sekali untuk menjadi kurus.

Antara manfaat yang kita akan terima ialah:
.
.
.
1. Dapat mengurangkan peratus lemak dalam badan.

2. Dapat mengekalkan struktur otot dan penguraian.

3. Mengekalkan kandungan gula yang rendah dalam darah.

4. Mengawal kepekatan insulin dalam badan.

5. Meningkatkan proses liposis dan juga proses oksidasi lemak.

kuruskan badan dengan cepat


.
.
.
Orait, so korang dah baca, tapi tak faham? Jangan risau, aku takkan buat korang ternganga. Mari aku jelaskan lagi supaya aku tak nampak macam syok sendiri.

Untuk menjadikan teknik Intermittent Fasting ni membantu KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT, korang kena tahu bahawa teknik ini ialah suatu aktiviti berpuasa yang dilakukan dalam jangka masa 18 jam atau 24 jam sehari sebanyak 2 kali seminggu.

Ia adalah satu cara yang mudah untuk korang membakar lemak dan menurunkan berat badan dengan cepat di samping masih mengekalkan otot. Amacam? Mudah tak nak buat.

Ala, puasa 2 kali je seminggu. Lagi satu korang perasan, teknik ni sama je macam amalan sunat yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, nampak sangat ada sebab kena Nabi kita pun buat amalan sunat 2 kali sehari ni. Bukan saja dapat kuruskan badan dan sihat, pahala pun dapat.

Selain itu, kalau korang nak tau lebih detail tentang teknik Intermittent Fasting, korang boleh dapatkan buku Ebook Bakar Lemak Pantas. Dalam tu ada bab pasal IF ni, so aku harap korang baca dengan tenang dan fahaminya dengan penuh kasih sayang.

Nak kurus ni sebenarnya kita tak boleh gelojoh sangat, dia kena buat dengan tenang dan korang juga kena faham kenapa korang nak kurus. Bukan apa, sebab aku kadang-kadang jadi tak faham dengan manusia ni, badan tu dah kurus elok dah, tapi masih nak jadi kurus lagi. Kau nak jadi kurus macam mana sebenarnya untuk kau rasa puas? Kurus macam mentadak? Macam ranting?

Untuk yang bersaiz besar, kalau korang masih belum ada penyakit, inilah masanya untuk korang kuruskan badan dengan cepat. Sebab, kalau dah berpenyakit nanti, kau nak usaha untuk kurus pun kau dah malas sebab sibuk makan ubat berbotol-botol. Jadi, jom kuruskan badan sekarang.

Thursday, June 11, 2015

Cara Promosi Di Facebook Yang Tak Efektif Dan Membosankan

Nak buat kerja promosi di facebook setiap hari ni bukan kerja mudah weh. Tiap hari otak aku kena kerja kuat untuk fikir apa benda info tentang kepentingan takaful yang aku nak kongsi dengan orang ramai. Pernah aku bertafakur sejenak konon-konon nak dapat ilham, tapi endingnya aku tidur dua jam. Ilham tak dapat, tapi ngantuk hilang. Entah puas ke tidak, aku pun tak pasti.

Zaman sekarang orang mudah bosan jika promosi di Facebook yang kita lakukan adalah sama penyampaiannya. Tambah lagi, prospek sekarang lebih bijak berfikir sebelum membeli sebab mereka akan buat kajian dahulu. Jadi kita sebagai peniaga kena bijak sikit, kena twist sikit cara penyampaian promosi kita. Pelbagaikan info kita. Poinnya boleh sama, cuma perbanyakkan cara penyampaian tu.

Cuba kau bayangkan kalau filem Transformers tu dari nombor 1 sampai 4 semuanya sama je jalan ceritanya, kau rasa kau boleh terima ke? Silap haribulan mau Michael Bay makan selipar Crocs kat mulut. Biadap betul perangai tak ubah jalan cerita untuk tatapan masyarakat sedunia!

Jadi, ringkasnya kat sini, aku nak pesan kepada semua yakni rakan-rakan yang berniaga, kau nak PROMOSI DI FACEBOOK tentang bisnes kau, promote lah sehabis baik. Tetapi, janganlah benda sama je kau ulang 24 jam, 7 hari seminggu! Aku percaya, bukan aku je bosan, kawan-kawan kau yang lain pun mesti bosan. Kang klik unfriend kau marah lak.

Dah macam takde life dah aku tengok. Man-man la, FB ni tempat orang nak rilis tensen, kalau kau kongsi cerita kelakar sebarang dua pun tak efek mana pun promosi kau tu. Barulah orang cakap, "La, mamat ni ada life lain rupanya selain promosi 24 jam. Kipidap bro n dongibab!"

Hidup Ayahanda Rani Kulup! Eh apahal tetibe ni...

Wednesday, June 10, 2015

7 Tips Bergaya Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat

Aku percaya semua orang nak badan yang kurus, betul? Sebab, dengan badan yang kurus, kau boleh bergaya dengan pelbagai jenis pakaian, tambahan pula sekarang dengan hot dengan k-pop. 

Bila kau tengok diorang pakai seluar skinny, kau juga teringin nak pakai. Tapi kalau peha jenis bagak gila, apa jadah kau nak pakai skinny kan? Mau terabak depan orang, buat malu je nanti.

Aku tau, kau juga bukan saja nak kurus, tapi kau nak kurus dengan cepat. Kau tak nak lambat-lambat sebab kau nak buktikan kepada orang ramai bahawa dari gemuk, kau boleh kurus. Bukan saja kurus biasa-biasa, tapi KURUS DENGAN CEPAT.




Kalau betul kau nak buat macam tu, ni aku ada 7 tips yang kau boleh follow.
.
.
.
1. Bersenam. Benda klise, tapi ni yang orang paling malas buat padahal ni asas kot untuk kuruskan badan!

2. Bila bersenam, kena tau gak cara bersenam yang betul, bukan boleh main hentam keromo je. Kena tahu tahap keupayaan badan tu. Jangan rasa macam kau tu The Rock, tetibe nak terus buat bench press 100kg, patah tulang selangka kau nanti dah tak boleh makan nasi. Nak bersenam, pastikan kau tahu kemampuan badan kau, buat berpada-pada dan jangan gelojoh. Pastikan dapat rehat yang cukup gak lepas bersenam.

3. Kawal pengambilan makanan kau, jangan sebat semua. Jangan ikut nafsu, nafsu ni sampai bila-bila pun dia rasa tak cukup. Kau nak kurus kan? Jadi, kenalah kawal. Ikut gak mana-mana program yang boleh motivate kau untuk kekal sihat dan mengajar cara pemakanan yang sihat dan baik.

4. Cari kawan yang supportive, yang membantu dan menyayangi kau seadanya. Cewah! Bukan apa, sebab kawan ni la orang yang selalu ada dengan kau, jadi diorang ni la yang akan bagi semangat kat kau untuk kurus dengan cepat. Barulah kau tazabar nak jadi kurus kan? Kalau jenis mulut longkang tu, kau benam je dalam longkang, tak support langsung. Huh!

5. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan merokok, jangan minum arak, dan tidur pastikan cukup.

6. Baca ebook tentang kesihatan dan juga baca buku atau ebook yang mengajar tips untuk jadi kurus dengan cepat. Salah satunya ini. – Ebook Teknik Bakar Lemak yang ditulis oleh Hafiz Wasa.

7. Pekakkan telinga bila ada orang perlekeh usaha kau. Orang-orang kita ni memang suka tengok orang lain gagal. Lagi dia seronok bila orang tu gagal disebabkan apa yang diperkatakan olehnya. Tapi, bila kau dah berjaya kurus, kau cari orang tu balik, kau nganjing je dia balik. Macam P.Ramlee nganjing yang pak cik yang sebut huruf M tu padahal huruf Ha dalam cerita Pendekar Bujang Lapok tu. Padan muka dia!
.
.
.
Ok, so aku dah sediakan 7 tips untuk kau ikut. Aku percaya, kalau kau follow betul-betul tips ni tanpa rasa ragu-ragu dan gundah gulana, kau boleh dapat badan k-pop yang kau inginkan tu. Untuk lelaki, bila badan kau dah kurus sedap-sedap tu, nescaya para awek akan terliur tengok kekurusan dan kekacakan kau.

Untuk perempuan pula, bila kau dah kurus dan cantik, jangan lupa tutup aurat.

Sebenarnya, kita ni boleh je nak kurus dengan cepat, tapi punca utama ia tak menjadi sebab kita malas, tu je!